Duit Mesti Mau Amanah!
Kita dikejutkan akhir-akhir ini dengan pecah amanah. Ada NGO yang kantoi songlap jutaan ringgit, ada travel agensi umrah yang lesapkan duit malah baru-baru ini tipu wang pelabur sebanyak 300 juta ringgit. Ada kes yang belum jatuh keputusan lagi.
Tapi…
Apakah mereka memandang rendah amanah? Bayangkan duit yang telah dijoli dengan batil itu menjadi darah daging dia dan zuriatnya. Tidakkah segala cerita azab dah sampai kepada kita?
“Tanda orang munafik ada tiga… apabila diberi amanah, dia khianat.” [Muttafaqun Alaih]
Oh eleh munafik je pun.
“Sesungguhnya orang munafik itu di dalam neraka pada tingkatan paling bawah.” [Surah an-Nisa’: 145]
Sampai bila masyarakat kena percaya segala ketirisan dan pecah amanah itu sebagai “ohh tak sengaja” atau “saya salah titik perpuluhan dan bilangan kosong”. Memang bila yang pegang amanah tu dia, semua benda tak sengaja.
Bukankah segala duit yang diambil itu buat beli beras dan tepung? Bukankah dari itu dimakan menjadi darah dan daging? Bukankah anak kita juga memakan hasil yang sama? Apakah tegamak kalian beri makan keluarga dari harta yang haram dan jijik?
Memang dari harta haram itu, orang lain makan nasi kukus, kau makan nasi wagyu. Memang dari harta haram itu, orang lain naik Viva secondhand, kau naik Alphard. Macam, alah so far oke je mewah. Allah tak azab pun. Siap bertambah pula.
Tapi ketika dipersoalkan di akhirat, apakah berbaloi kemewahan sementara itu?
“Tidak akan berganjak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara… tentang hartanya: dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan.” [HR Tirmizi]
Taufiq Tuah
23.01.26 | 04.08.47

