Diuji Dengan Penyakit Saraf, Terkpasa Berhenti Kerja
Isnin, 24 Februari 2025 – Baru-baru ini, YB telah menerima permohonan bantuan daripada seorang wanita yang sedang diuji dengan masalah kesihatan yang serius, sehingga terpaksa berhenti kerja sekitar empat bulan yang lalu. Wanita ini telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit yang berkaitan dengan saraf, yang menghalangnya daripada meneruskan pekerjaan dan menggantungkan harapan pada wang simpanannya yang kini telah habis digunakan.
Walaupuan beliau mempunyai kenderaan, namun beliau tidak lagi berkemampuan untuk memandu dan selama diuji dengan penyakit ini, beliau hanya mengharapkan pada sahabatnya untuk membantu beliau yang juga terikat dengan urusan peribadi masing-masing. Keadaan ini amat menyukarkan beliau.
Selaras dengan dasar utama Yayasan Bushra untuk membantu mereka yang memerlukan, YB telah melakukan lawatan ke rumah beliau sebagai langkah pertama dalam menyelami situasi dan memberikan bantuan. Wanita ini tidak mempunyai keluarga terdekat, dan beliau hidup seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa.
Sebagai tanda sokongan, YB telah membuat keputusan untuk memberikan bantuan kewangan secara one-off serta sokongan berkala untuk membantu beliau menampung kos pemeriksaan kesihatan di hospital. Selain dari itu, kami juga merancang untuk mendapatkan sebatang tongkat untuk memudahkan beliau bergerak terutamanya ketika menggunakan servis Grab ke hospital. Ini sahaja pilihan yang ada untuk beliau. Kami ingin menyeru kepada semua pihak yang berkemampuan untuk turut serta dalam meringankan beban beliau dengan menyumbang melalui Yayasan Bushra.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T. dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, Insya Allah.