Dasar Kebajikan

Membangun Masyarakat, Menyantuni Kehidupan

Dasar Kebajikan Yayasan Bushra

Tentang Dasar Kebajikan

Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan nilai kemanusiaan dan ihsan, Yayasan Bushra (YB) meletakkan dasar kebajikan sebagai asas utama dalam setiap program dan inisiatif yang dijalankan. Dasar ini menjadi panduan agar setiap bentuk bantuan yang diberikan bukan sahaja bersifat telus, tetapi juga berkesan dan berimpak jangka panjang kepada penerima manfaat.

Prinsip Utama

Keadilan & Kesaksamaan

Ketulusan & Integriti

Keberkesanan & Keberlanjutan

Kerjasama & Jaringan Strategik

Kategori Penerima Bantuan

Bagi memastikan setiap sumbangan yang YB terima sampai pada mereka yang selayaknya, maka berikut merupakan butiran lanjut mengenai penerima yang layak.

  1. Pendapatan Isi Rumah
    • Pendapatan bulanan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang
      ditetapkan oleh pihak berkuasa (Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Zakat
      tempatan).
  2. Kategori Penerima
    • Warga Emas: Individu berusia 60 tahun ke atas yang memerlukan bantuan.
    • Orang Kurang Upaya (OKU): Individu yang mempunyai kad OKU yang
      dikeluarkan oleh JKM.
    • Anak-anak Yatim: Anak-anak yang kehilangan ibu bapa atau ibu bapa tidak
      dapat menjaga mereka.
    • Keluarga Miskin dan Miskin Tegar: Keluarga yang pendapatan berada di bawah
      PGK.
    • Mangsa Bencana: Individu atau keluarga yang terjejas oleh bencana alam atau
      bencana lain.
    • Mereka Yang Memerlukan: Individu atau keluarga yang tidak termasuk di
      dalam golongan-golongan di atas, namun di atas situasi tertentu, mereka ini layak
      dibantu. Ini adalah “case-to-case basis” dan tertakluk kepada penilaian Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

Aktiviti Terkini

    Satu Katil, Seribu Harapan

    Alhamdulillah, sebuah katil perubatan (medical bed) yang disumbangkan oleh seorang insan prihatin dari Petaling Jaya telah selamat dihantar dan kini

      Dana Kasut Khas Adik Luqman Telah Diserahkan, Terima Kasih Para Penyumbang

      SEMENYIH, SELANGOR – Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta sokongan padu daripada para penyumbang, kempen kutipan dana bagi membantu Adik

        Yayasan Bushra Serah Troli Baharu kepada Makcik Esah, Bantu Lancarkan Perniagaan Nasi Lemak Demi Kelangsungan

        SHAH ALAM, SELANGOR – Usaha memperkasa kehidupan golongan yang memerlukan bukan sekadar melalui bantuan kewangan atau keperluan asas, malah turut

          Santuni Pakcik Ruslin Melalui Program #ZiarahKasihYB

          KLANG, SELANGOR – Prihatin terhadap nasib golongan yang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup, Yayasan Bushra meneruskan komitmennya melalui

          Kami percaya bahawa kebajikan bukan sekadar pemberian, tetapi satu tanggungjawab bersama. Dengan sokongan para penyumbang, rakan strategik, dan sektor korporat, YB bertekad memastikan setiap usaha kebajikan membawa kesan positif yang menyeluruh.

          ““Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang Muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.”

          (HR Bukhari: 2262)

          Logo YB 2025 - White-17

          YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
          No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

          +603-5523 2832
          +6013-969 7944

          yayasanbushra2020@gmail.com
          yb@yayasanbushra.com

          Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.