Sejajar dengan perlembagaan, Yayasan Bushra sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada para mangsa bencana seperti banjir, kebakaran rumah dan sebarang situasi yang berkaitan.

Antara bantuan yang telah kami salurkan adalah ketika negara kita dilanda banjir pada hujung tahun 2024 terutama di negeri Kelantan. Kerjasama antara YB dan Poliklinik Utama, Kota Bharu di Kelantan yang diketuai oleh Doktor Nik bersama pasukannya telah membantu ramai mangsa banjir. Selain itu, Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma telah dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih antaranya Kuala Krai & Rantau Panjang.

Situasi Yang Pernah YB Bantu?

Mangsa Bencana Banjir 2024

Yayasan Bushra telah bekerjasama dengan pasukan Doktor Nik dari Poliklinik Utama Kota Bharu, Kelantan. Antara kawasan terlibat adalah Kuala Krai, Rantau Panjang & Tumpat. Selain dari bantuan barangan makanan dan keperluan harian, kerjasama ini telah dilanjutkan kepada Program Pemeriksaan Kesihatan secara PERCUMA yang disediakan untuk mangsa banjir yang terlibat.

Mangsa Rumah Terbakar

Sebuah tragedi kebakaran telah berlaku dan kami telah mengambil peluang untuk membantu meringankan bebanan pemiilik rumah yang terbakar ini. Keluarga beliau melakukan perniagaan kecil dan akibat kejadian ini, hampir keseluruhan peralatan perniagaannya musnah dijilat api. Kejadian ini berlaku di sekitar Bukit Tinggi, Klang, Selangor. 

Walaupun Hanya RM10, Sumbangan Itu Mampu Melakar Senyuman Mereka, Insya Allah.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.