Kelas Mingguan Asnaf
Kelas mingguan untuk para asnaf berdaftar Yayasan Bushra sekitar Klang , Selangor. Bahan pengajian juga disediakan oleh Yayasan Bushra.
Para hadirin kelas pengajian yang dianjurkan oleh Yayasan Bushra terdiri daripada masyarakat sekitar Kawasan Pembangunan Ken Rimba dan Kuarters Guru Kampung Jawa.
Kelas yang dianjurkan untuk para asnaf akan diadakan pada hari sabtu & ahad. Berikut adalah jadual kelas mingguan di Yayasan Bushra :
Minggu Pertama :
Sabtu 9.00 pagi : Kuliah Kitab Tauhid
Ahad 11.30pagi : Sirah Nabawiyyah
Minggu Kedua :
Sabtu 9.00 pagi : Kuliah Kitab Tauhid
Ahad 11.30pagi : Syariat Islam sebagai Panduan Hidup
Minggu ketiga :
Sabtu 9.00 pagi : Kuliah Kitab Tauhid
Ahad 11.30pagi : Tafsir Al-Qur’an
Minggu Keempat :
Sabtu 9.00 pagi : Kuliah Kitab Tauhid
Ahad 11.30pagi : Himpunan Amalan Ibadah Mudah Berpahala Besar & Menghapus Dosa
Para hadirin kelas pengajian agama juga akan dijamu makanan tengah hari setiap kali selepas kelas tamat bagi memudahkan urusan harian mereka pada hari tersebut.
*Selari dengan kes Covid19 yang melanda Malaysia, semua aktiviti pengajian fizikal diberhentikan operasi buat seketika waktu. Kelas pengajian Yayasan Bushra akan berjalan seperti sedia kala selkepas mendapat izin operasi daripada pihak kerajaan.