Category: Sumbangan

Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Bantuan Mangsa Ribut Sijangkang

Alhamdulillah, Yayasan Bushra berpeluang menyantuni para mangsa ribut di Sijangkang melalui penyerahan bantuan barangan asas serta sedikit bantuan kewangan hasil daripada kutipan derma kilat yang dijalankan baru-baru ini. Sebagai pihak yang menguruskan hal-hal kebajikan, kami amat terharu melihat bagaimana masyarakat sentiasa tampil bersama untuk membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa mengira masa dan tempat. Sehingga […]
Read More

Derma Kilat Kos Pembedahan Encik Zulkifly

Yayasan Bushra (YB) terus komited dalam menyantuni mereka yang diuji dengan pelbagai cabaran kesihatan dan kewangan. Baru-baru ini, YB telah melancarkan kutipan Derma Kilat Kos Pembedahan Penyambungan Usus bagi membantu seorang pesakit, Encik Zulkifly Mohamad, yang memerlukan pembedahan segera dengan anggaran kos melebihi RM24,000. Alhamdulillah, inisiatif kutipan ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat. Setakat laporan […]
Read More

Hubungan Strategik Demi Kebaikan Ummah: Sumbangan 2 ekor kambing daripada Iman Emas Resources kepada Yayasan...

Alhamdulillah, pada tahun ini Yayasan Bushra (YB) sekali lagi menerima sumbangan kambing daripada rakan strategik kami, Iman Emas Resources. Sumbangan ini bukan sekadar tanda hubungan baik antara kami, malah ianya juga merupakan satu bentuk kegembiraan bagi penerima kambing bakar ini iaitu para asnaf. Iman Emas Resources bukanlah nama asing bagi Yayasan Bushra. Syarikat ini telah […]
Read More

Kunjungan Mesra YB ke Pertubuhan Al Hadid OKU Ampang: Sokongan Padu Kepada Komuniti OKU

Ampang, Selangor – Dalam usaha berterusan memperkasakan komuniti orang kurang upaya (OKU) di negara ini, Yayasan Bushra (YB) telah berkesempatan mengadakan kunjungan mesra ke Pertubuhan Kebajikan Al Hadid OKU Ampang, Selangor — sebuah organisasi kebajikan yang aktif memperjuangkan hak dan kebajikan golongan OKU. Kunjungan yang berlangsung baru-baru ini menjadi platform penting bagi YB menyatakan sokongan terhadap […]
Read More

Yayasan Bushra Terima Kunjungan & Sumbangan Ikhlas daripada Encik Thomas Kee

Alhamdulillah, pada hari semalam Yayasan Bushra telah menerima kunjungan istimewa daripada seorang insan berhati mulia, Encik Thomas Kee. Beliau hadir setelah mengetahui tentang Yayasan Bushra melalui carian dalam talian—satu bukti bahawa usaha memperkenalkan yayasan ini secara digital membuahkan hasil dan membuka pintu kebaikan. Dalam kunjungan beliau, Encik Thomas telah menyumbangkan tiga bungkus beras seberat 10 […]
Read More

Program Sumbangan Hari Raya Pelajar Asnaf & Anak Yatim Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Jazakumullahu Khairan kepada Pihak UMPSA dan Persatuan Teknologi Komputer – PETAKOM Baru-baru ini, Yayasan Bushra (YB) dengan penuh rasa syukur dan penghargaan mengucapkan Jazakumullahu Khairan kepada pihak Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Fakulti Teknologi Komputer serta Persatuan Mahasiswa Teknologi Komputer (PETAKOM) atas jemputan ke dalam Program Sumbangan Hari Raya yang disertai oleh para pelajar asnaf […]
Read More

Tempahan Penuh Bagi Program Iftar Ramadan 2025

Alhamdulillah, program Iftar Ramadan 2025 yang dianjurkan YB telah menerima sambutan yang amat baik, tempaha telah penuh untuk iftar sepanjang 26 hari dalam bulan Ramadan yang akan datang. Program ini bukanlah sesuatu yang baru bagi kami. Sebaliknya, ia merupakan sebuah program tahunan yang telah dilaksanakan setiap tahun, dengan tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya […]
Read More

Program Mengaji Anak-Anak Cuti Sekolah: Menyuburkan Ilmu dan Iman

Yayasan Bushra dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan dalam menyokong Program Mengaji Anak-Anak Cuti Sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Ihya Us-Sunnah (PIUS). Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak-anak dalam mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat, sekaligus memperbaiki bacaan Al-Quran mereka di bawah pengurusan PIUS. Matlamat Program Matlamat utama program ini adalah untuk membantu […]
Read More

Agihan Pek Bantuan Bulanan dan Sumbangan Pharmaniaga Berhad

Alhamdulillah, pada minggu lalu, Yayasan Bushra sekali lagi melaksanakan agihan pek bantuan bulanan kepada para asnaf yang memerlukan. Agihan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan golongan asnaf sentiasa mendapat bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban hidup mereka. Pada kali ini, kami juga dengan penuh rasa syukur menerima sumbangan istimewa daripada Pharmaniaga Berhad berupa […]
Read More

Meringankan Beban, Membina Harapan

Baru-baru ini, kami dan pasukan yang terlibat berkesempatan menganjurkan satu program yang penuh makna, hasil kerjasama antara kami di Yayasan Bushra dan Pusat Ihya Us-Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Zuhdi. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan keluarga-keluarga yang terkesan dengan kesusahan hidup, khususnya golongan asnaf, fakir, dan miskin. Kami amat bersyukur kerana dapat menyumbang […]
Read More
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.