Category: Asnaf

Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Diuji Kesihatan, Diuji Kehidupan: Misi Bantuan Berterusan Buat Keluarga di Kampung Rinching

Yayasan Bushra (YB) terus komited dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan melalui usaha ziarah dan penilaian lapangan yang berterusan. Antara kisah yang memberi kesan mendalam kepada kami adalah kisah sebuah keluarga di Kampung Rinching Hilir, Bangi, yang kini berhadapan dengan ujian kesihatan dan kesempitan hidup. Kisah ini bermula apabila pihak YB menerima satu permohonan […]
Read More

Dari Sepi ke Mendengar Kembali: Perjalanan Makcik Marsham

Kisah Makcik Marsham bermula ketika pihak Yayasan Bushra (YB) mengadakan kunjungan #ZiarahKasihYB ke kediaman beliau. Dalam ziarah tersebut, kami dimaklumkan bahawa alat bantuan pendengaran yang digunakan oleh beliau telah lama rosak. Keadaan ini menyebabkan Makcik Marsham terpaksa menjalani kehidupan harian dengan keterbatasan deria pendengaran, satu situasi yang bukan sahaja menyukarkan, malah memberi kesan emosi yang […]
Read More

Ziarah Kebajikan Yayasan Bushra: Menyantuni Puan Jamilah di Setapak

Setiap permohonan bantuan yang diterima oleh Yayasan Bushra (YB) akan diteliti sebaik mungkin bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Atas dasar tanggungjawab tersebut, pada semalam pasukan kebajikan Yayasan Bushra telah mengadakan satu lawatan ziarah ke kediaman Puan Jamilah, seorang warga emas yang menetap di kawasan Setapak. Lawatan ini dibuat susulan permohonan […]
Read More

Bantuan Baik Pulih Rumah Puan Saniah: Prihatin Terhadap Kesukaran Asnaf

Alhamdulillah, Yayasan Bushra telah berjaya menyalurkan bantuan kewangan kepada Puan Saniah binti Kamarudin bagi membantu proses baik pulih bahagian siling dan kerangka atap rumah beliau yang mengalami kerosakan serius akibat serangan anai-anai. Bantuan ini merupakan hasil sumbangan orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada usaha kebajikan yang dijalankan oleh Yayasan Bushra dalam membantu golongan asnaf […]
Read More

Bantuan Alat Pendengaran Makcik Marsham: Dari Dunia Sukar Mendengar Kembali Mendengar

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu wa ta’ala serta sokongan para penyumbang yang prihatin, usaha membantu makcik Marsham akhirnya membuahkan hasil yang sangat bermakna. Makcik Marsham merupakan salah seorang asnaf di bawah pengurusan Yayasan Bushra yang sebelum ini menghadapi kesukaran dalam kehidupan harian akibat masalah pendengaran. Melalui kempen bantuan yang dijalankan oleh Yayasan Bushra, dana telah […]
Read More

Pek Bantuan Hari Raya 2026: Menyempurnakan Kegembiraan Aidilfitri Buat Asnaf

Program Pek Bantuan Hari Raya 2026 merupakan program penutup Ramadan yang saban tahun dilaksanakan oleh Yayasan Bushra sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan asnaf. Setelah sebulan umat Islam berpuasa, beribadah dan memperbanyakkan amal kebajikan, tibalah saatnya kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Namun, dalam kegembiraan tersebut, masih ada keluarga asnaf yang berdepan kekangan kewangan untuk menyediakan […]
Read More

“YB Mall” Meriahkan Pejabat dengan Senyuman Asnaf

Semalam, suasana di pejabat Yayasan Bushra bertukar wajah seketika. Jika kebiasaannya ruang pejabat menjadi tempat urusan kebajikan dan perbincangan program, kali ini ia berubah menjadi sebuah “pusat membeli-belah” kecil yang penuh warna-warni dan gelak tawa. Kami secara santai menamakannya sebagai “YB Mall”. Program ini diadakan khas untuk para asnaf di bawah pengurusan Yayasan Bushra, hasil […]
Read More

Bantuan Barangan Asas kepada Puan Noormuzalifah, Kampung Rinching Hilir

Yayasan Bushra telah menerima satu permohonan bantuan daripada Puan Noormuzalifah yang menetap di Kampung Rinching Hilir, Bangi, berhubung keperluan barangan asas dapur bagi menampung keperluan harian keluarga beliau. Menurut maklumat yang diterima, beliau sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama suami dan anaknya kira-kira lapan bulan yang lalu. Akibat kemalangan tersebut, kaki kanan […]
Read More

Sesi Pemilihan & Penyusunan Sumbangan Pakaian Raya Berjalan Lancar

Alhamdulillah, dalam tempoh dua hari yang lalu, Yayasan Bushra telah mengadakan sesi penyusunan dan pemilihan sumbangan pakaian raya yang diterima daripada para penyumbang. Sesi ini diadakan bagi memastikan setiap pakaian yang bakal diagihkan kepada para asnaf berada dalam keadaan baik, sesuai dan teratur sebelum diserahkan kepada penerima. Di luar jangkaan kami, jumlah sumbangan yang diterima […]
Read More

Kempen Infak Kurma Sempena Program Iftar Ramadan

Sebagaimana kelaziman setiap tahun, ketika Program Iftar Ramadan dilaksanakan, Yayasan Bushra turut menyediakan kurma untuk disertakan bersama pek iftar yang akan diagihkan kepada para asnaf. Inisiatif ini bukan sekadar melengkapkan juadah berbuka puasa, bahkan bertujuan menghidupkan sunnah serta menambah keberkatan dalam setiap sumbangan yang diberikan. Bagi tahun ini, pihak Yayasan Bushra menyasarkan kutipan sebanyak RM3,000 […]
Read More
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.