Pada 21 September 2024, Sabtu, ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐จ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama antara Pusat Ihya Us Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Zuhdi Haji Hamid. Dalam program ini, bantuan makanan asas telah disampaikan kepada para asnaf yang memerlukan, dengan harapan dapat meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kami amat berterima kasih kepada Pengerusi Eksekutif YB, Tuan Adi Negara Bin Kamarudin, yang telah mewakili YB dalam menyampaikan bantuan ini. Juga turut terlibat adalah Puan Rosiyah Binti Mat, Ahli Lembaga Pengamanah Yayasan Bushra. Inisiatif ini bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan kedua belah pihak, tetapi juga menekankan pentingnya kerjasama dalam usaha kebajikan. Kami mengalu-alukan penyertaan organisasi lain untuk berganding bahu dalam menjayakan aktiviti kebajikan ini demi kesejahteraan masyarakat. Jazaakumullahu khairan kepada semua yang terlibat!