Program Ibadah Korban 2025

YB panjatkan syukur kepada Allah Subhanahuwa ta'ala atas peluang untuk kami sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Korban bagi tahun 1446H/2025 ini. Bukan sekadar peluang namun kemudahan dan kesihatan bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan. Pertama sekali, kami ucapkan jazakumullahu khairan kepada petugas program yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program pada Ahad lalu. Walaupun berlaku kelewatan, Allah tetap permudahkan urusan-urusan kami. Tidak kami lupakan kepada para peserta yang telah memberi kepercayaan kepada YB untuk sekali lagi menguruskan program ini dan bersabar dengan setiap cabaran yang menduga. Moga Allah memberkati kalian semua.Kami mengambil kesempatan ini juga untuk memohon kemaafan atas kekhilafan dan kekurangan yang telah berlaku sepanjang proses ibadah korban ini dan doakan kami untuk terus perbaiki segala kekurangan yang ada pada masa akan datang.
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.