Kasih & Harapan – Hi-tea Bersama Yayasan Bushra

Pada 25 Mei 2025 lalu, YB telah menganjurkan sebuah program Kasih & Harapan High-Tea Bersama Yayasan Bushra di Shah Alam. Program ini merupakan salah satu isyarat penghargaan YB kepada para penyumbang yang telah mendokong serta menyokong kami sepanjang YB beroperasi. Alhamdulillah, semuanya dipermudah Allah Subhanahu wa ta'ala. Walaupun ada penyumbang yang tidak dapat hari atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jazaakumullahu khairan kepada yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Bertemakan Kasih & Harapan, majlis ini menjadi salah satu saksi kepada kesungguhan YB dalam memikul tanggungjawab memangkin pembangunan ummah. Harapan kami dari titik tolak ini, semoga visi dan misi YB dapat dicapai dengan usahasama seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.Kami mohon agar tuan puan semua teruskan percaya kepada kami dan insya Allah kami akan terus memikul amanah ini bagi membantu mereka diluar sana yang memerlukan bantuan.
« of 2 »
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.