Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Belajar Al-Quran Tidak Mengenal Usia

Walaupun masih merangkak dalam mengenal dan membaca ayat-ayat Al-Quran, makcik ini tetap tekun dan tidak pernah berputus asa untuk belajar.

Setiap huruf yang dibaca, setiap ayat yang diulang, adalah satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin bacaannya belum lancar, tetapi kesungguhannya begitu jelas.

Bagi Yayasan Bushra, kebajikan bukan hanya tentang membantu dari sudut keperluan kehidupan, tetapi juga menyantuni dan membina rohani para asnaf. Pembelajaran Al-Quran ini merupakan salah satu bentuk kebajikan rohani yang diusahakan agar para asnaf terus diberi ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla.

Semoga Allah mempermudahkan setiap langkah makcik ini, mengurniakan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadikan setiap huruf yang dibacanya sebagai pahala yang berlipat ganda, Ameen. 🤲🏻

Kerana yang Allah lihat bukan sekadar sejauh mana kita mampu membaca, tetapi sejauh mana kita terus berusaha. ❤️

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.