Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Bantulah Anak-Anak OKU Terus Menerima Rawatan

Setiap sumbangan anda membawa makna besar dalam kehidupan anak-anak istimewa yang memerlukan rawatan berterusan. Di Tender Touch Paediatric Rehab, seramai 12 orang kanak-kanak OKU kini sedang menjalani sesi rawatan fisioterapi dan terapi okupasi bagi pelbagai kondisi termasuk Cerebral Palsy, Down Syndrome, Craniopharyngioma serta lain-lain keadaan yang memerlukan perhatian rapi.

Namun begitu, usaha murni ini kini berhadapan cabaran besar apabila dana operasi semakin berkurangan. Akibatnya, ini menjejaskan keupayaan pusat tersebut untuk meneruskan rawatan kepada anak-anak yang amat bergantung kepada mereka.

Pihak Tender Touch Paediatric Rehab amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai. Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan fisioterapi dan pemulihan ini dapat diteruskan. Sokongan anda bukan sekadar membantu menampung kos rawatan, tetapi turut memberi harapan baharu kepada anak-anak OKU untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih baik dan berdikari.

Yayasan Bushra turut mengambil inisiatif untuk membantu menyalurkan tabung bantuan anak-anak OKU ini. Harapanya kami agar mereka tidak kehilangan peluang mendapatkan terapi penting yang selama ini membantu perkembangan mereka.

Mari bersama kami membantu anak-anak istimewa ini. Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut dan cara menyumbang, klik di sini.

Dapatkan info lanjut berkenaan denagan Tender Touch Paediatric Rehab melalui platfom social media mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok rasmi mereka.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.