Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Bantuan Tunggakan Bil Utiliti Pertubuhan Kebajikan OKU As-Syakirin

Setiap kali berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan OKU As-Syakirin, hati kami tersentuh melihat keadaan lapan orang penghuni orang kurang upaya (OKU) yang menetap di sana. Di sebalik usaha pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan mereka terus terpelihara, terdapat pelbagai komitmen yang perlu ditanggung demi menyediakan keperluan harian penghuni.

Sekitar empat hingga lima bulan lalu, pasukan Yayasan Bushra (YB) telah mengadakan lawatan ke pertubuhan tersebut untuk melihat sendiri keadaan mereka serta berbincang mengenai keperluan yang dihadapi.

Seperti yang dimaklumkan, operasi Pertubuhan Kebajikan OKU As-Syakirin banyak bergantung pada sumbangan orang ramai dan usaha para sukarelawan. Sokongan yang diterima pula tidak sentiasa konsisten, sedangkan perbelanjaan seperti bil elektrik, air dan keperluan harian perlu terus ditanggung bagi memastikan kebajikan penghuni terjaga.

Menyedari keadaan ini, Yayasan Bushra mengambil inisiatif membantu menjelaskan tunggakan bil utiliti serta menanggung sebahagian bil utiliti bulanan mereka mengikut kemampuan yayasan.

Alhamdulillah, walaupun sumbangan yang dapat diberikan tidak besar, kami bersyukur kerana berpeluang membantu meringankan sebahagian beban kewangan yang ditanggung oleh pihak pertubuhan.

Bagi kami, usaha kebajikan bukan hanya tentang memberikan bantuan dalam jumlah yang besar. Sebaliknya, setiap sumbangan yang diberikan dengan penuh amanah dan keikhlasan mampu membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Jom bersama-sama menyokong kebajikan penghuni OKU As-Syakirin. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu usaha murni pertubuhan ini dalam menjaga kebajikan penghuni OKU, sumbangan boleh disalurkan melalui laman rasmi mereka:

🔗 https://assyakirin.org/derma/

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mempermudah segala urusan pihak pengurusan dan para sukarelawan, serta mengurniakan ganjaran berpanjangan kepada semua yang menyumbang dan membantu.

#YayasanBushra #KebajikanOKU #AsSyakirin #BantuanKebajikan #PrihatinMasyarakat

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.