Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Bantuan Tunggakan Bil Penyelenggaraan Asnaf YB

Shah Alam, 23 Jun 2025 – Yayasan Bushra (YB) telah menerima permohonan daripada salah seorang wanita asnaf berdaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tunggakan bil penyelenggaraan pangsapuri yang didiami.

Wanita ini, yang kehilangan suami tercinta pada Jun 2021, kini menanggung kehidupan seharian hanya dengan bantuan anak beliau yang berjumlah sekitar RM200 sebulan. Sementara itu, permohonan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih dalam proses pertimbangan. Ketiadaan pendapatan tetap menyukarkan beliau untuk menampung perbelanjaan asas harian, apatah lagi untuk menjelaskan bayaran penyelenggaraan yang tertunggak.

Difahamkan, tunggakan bil penyelenggaraan tersebut dianggarkan melebihi RM1,000, dan keadaan ini menambah beban yang sedia ada. Menyedari kesempitan yang dihadapi, pihak Yayasan Bushra telah mengadakan lawatan ke rumah beliau sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral.

Sebagai respon kepada permohonan ini, Yayasan Bushra telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan kewangan one-off berjumlah RM1,000 dalam bentuk cek, dengan harapan ia dapat meringankan beban tunggakan bil penyelenggaraan kediaman beliau.

Yayasan Bushra juga ingin mengajak orang ramai untuk terus menyumbang kepada dana kebajikan kami agar lebih ramai golongan asnaf yang terbeban dapat dibantu. Sesungguhnya, setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membawa sinar harapan buat mereka yang memerlukan, bahkan menjadi amal jariah yang kekal mengalir ganjarannya. Sabda Rasulullah ﷺ:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan hari kiamat.”

(HR Muslim)

Semoga bantuan ini menjadi asbab ketenangan buat beliau sekeluarga, serta membuka jalan kepada kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera, insya-Allah.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.