Bantuan Pek Makanan Sempena PKP
Alhamdulillah, pada hari ini Yayasan Bushra diberikan kesempatan untuk mengedarkan bantuan pek makanan kepada keluarga asnaf yang menetap di Ken Rimba, Shah Alam. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di umumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Yayasan Bushra terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf ini.
Program ini juga akan dilanjutkan selagi mana PKP masih berlangsung. Kami mengucapkan Jazakumullahu Khayran kepada penyumbang yang memberikan bantuan dana bagi menjayakan program kebajikan ini. Kami amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menyampaikan bantuan makanan ini kepada mereka yang memerlukan.
Post Comment