Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Bantuan Kepada Puan Nor Azizah: Usaha Meringankan Beban Keluarga di Klang

Baru-baru ini, satu lawatan telah dilakukan ke rumah Puan Nor Azizah di Klang sebagai sebahagian daripada prosedur permohonan bantuan. Puan Nor Azizah, seorang ibu kepada lima orang anak yang masih bersekolah, telah menghadapi kesulitan hidup yang luar biasa akibat luka yang dialaminya bertahun-tahun lamanya.

Luka tersebut berpunca dari sebuah insiden tragis ketika beliau berumur 7 tahun, di mana kaki beliau tersimbah minyak panas. Sejak kejadian itu, kakinya menjadi sangat mudah terluka namun amat sukar untuk sembuh. Luka-luka yang berulang ini menyebabkan saraf pada kaki kanannya tidak berfungsi dengan normal, memberi kesan yang besar kepada mobiliti dan kualiti hidupnya.

Selain itu, keadaan kesihatan suami Puan Nor Azizah juga tidak membantu, kerana beliau menghidapi beberapa penyakit kronik termasuk semput, kencing manis, darah tinggi, dan dua penyakit lain. Keadaan kesihatan suami yang juga lemah menambah bebanan keluarga ini. Keadaan suaminya menyukarkan untuk berusaha bekerja serta kesihatannya yang tidak stabil membatasi peluang beliau untuk menyara keluarga dengan baik.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, Puan Nor Azizah hanya mampu bergantung kepada bantuan zakat dan sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyara kehidupan. Selain itu, beliau juga menjual makanan di kedainya, namun situasi lokasi yang kurang strategik dan kesulitan untuk bergerak akibat keadaan kesihatannya menjadikan pendapatan keluarga sangat tidak menentu.

Oleh itu, lawatan kami semalam adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keperluan keluarga Puan Nor Azizah. Selain daripada bantuan sekampit beras 10 kilogram yang diserahkan ketika lawatan semalam, kami berusaha memahami ruang-ruang lain yang boleh dibantu. Salah satu langkah awal yang telah dirancang adalah untuk membeli tongkat bagi membantu Puan Nor Azizah menyokong kaki dan tangan kanannya semasa berjalan. Ini adalah langkah yang penting bagi mengelakkan keadaan saraf pada sebelah kanan badan beliau semakin merosot, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius berdasarkan nasihat dari doktor.

YB juga sedang berusaha untuk memastikan bahawa bantuan yang diberikan akan dapat meringankan beban Puan Nor Azizah dan keluarganya. Harapan kami adalah untuk memberi sedikit kelegaan kepada keluarga ini agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tidak terbeban oleh keadaan kesihatan yang semakin mencabar. Lebih-lebih lagi ketika menjalani bulan Ramadan dan juga Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Semoga usaha ini dapat memberi sinar harapan kepada Puan Nor Azizah dan keluarganya. InsyaAllah, kami akan terus berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua cara yang mampu.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.