Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, Wa sallallahu wa salam ‘ala Nabiyyina Muhammadin, Wa ‘ala ahlilhi wa sahbihi ajma’in, Amma ba’du:
Syukur kehadrat Allah Azza wa Jalla, bertemakan “Pemangkin
Pembangunan Masyarakat” Yayasan Bushra (YB) yang telah berdaftar pada 13hb November 2019 bersedia memikul amanah serta tanggungjawab melaksanakan dasar utamanya iaitu Kebajikan, manakala 2 dasar sokongan iaitu Pengurusan Harta dan Bantuan Ekonomi, in Syaa Allah.
Untuk merealisasikanya sudah tentu kami memerlukan sokongan sumbangan yang berterusan berupa Wang, Harta (melalui Wakaf dan Hibbah ) serta doa dari anda.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat yang menyakini usaha kami bagi mencapai VISI & MISI dan berharap lebih ramai lagi yang akan menyumbang bagi
meringankan bebanan mereka yang memerlukan.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan keberkatan pada kita semua dengan balasan pahala hingga ke akhirat.
Allahumma amiin.