BANTU KAMI

August 4, 2021

Alat-alat Melawan Covid-19 Disampaikan Kepada Sukarelawan

Alat-alat Melawan Covid-19 Disampaikan Kepada Sukarelawan

August 4, 2021

Pada hari ini, Yayasan Bushra telah menyampaikan "Personal Protective Equipment Suit" (PPE) kepada sukarelawan Ken Rimba dan 6 botol Liquid Disinfectant bagi mesin sanitasi untuk tujuan sanitasi rumah penduduk-penduduk di Pangsapuri Ken Rimba.

Untuk makluman, sudah lebih 200 unit kediaman telah disanitasi secara berperingkat dan dilakukan oleh sukarelawan Ken Rimba ini. Kami berharap aktiviti ini mampu untuk mengurangkan kadar keberjangkitan virus Covid-19 ini. Saranan kami di Yayasan Bushra, sentiasa amalkan SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka.

Bersama kita membendung penularan wabak ini insyaAllah.Kami juga ingin mengucapkan jazakumullahu khayran kepada penyumbang yang terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan amanah ini. Barakallahu feek kepada anda yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Copyright © 2020 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Designed & Maintained by GTNS.
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
crossmenu linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram