Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Aktiviti Hafazan Al-Quran di PBYAB

PBAYB bukan sebuah institusi tahfiz, namun PBAYB adalah sebuah program intensif bagi para Huffaz al-Quran.
Kekuatan hafazan dan mutu bacaan al-Quran para pelatih tetap diambil berat di PBAYB.
Semoga Allah Ta’ala mempermudahkan para pelatih menghafaz, memahami dan menghayati al-Quran
Adapun perlatihan di PBAYB adalah berteraskan prinsip HATAF iaitu Hafaz, Terjemah dan Faham
( الحفظ و الترجمة و الفهم )
Para pelatih yang telah hafaz 30 juzuk al-Quran dilatih
1. Menterjemah ayat-ayat al-Quran secara perkata kepada bahasa Melayu.
2. Menganalisa ayat-ayat yang telah dihafaz dari sudut ilmu Nahu dan Soraf.
3. Menghafaz Hadith dan Matan al-Aajurumiyah serta Matan Bina’ al-Af’al.
4. Menghafaz muradif perkataan-perkataan al-Quran ( kata seerti di dalam bahasa Arab).
5. Mempelajari dan Mentaddur al-Quran agar dapat dijadikan sumber ilmu dan amali.
6. Membaca dan menterjemah kitab-kitab Ulum Syar’ie berbahas Arab, seperti Tafsir, Ulum al-Quran, Mustalah al-Hadith, Aqidah dan Sirah.
7. Bertutur di dalam bahasa Arab.
8. Menyampaikan tazkirah di dalam bahasa Arab dan Melayu.
Di PBAYB kami yakin bahawa hanya pemahaman dan penghayatan al-Quran yang akan memperkasa dan meningkatkan martabat para Huffaz.
خيركم من تعلم القرآن و علمه
Sebaik-baik kamu adalah, orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.