Agihan Pek Iftar Selepas Kuliah Mingguan Asnaf
Ahad, 31 Mac 2024
Sesi agihan pek iftar selepas Kuliah Ilmu Mingguan semalam telah berjalan dengan lancar, alhamdulillah.
Kami kagum sangat dengan semua yang hadir sebab mereka semua comitted datang bukan sekadar nak ambil pek iftar, tapi datang untuk dengar kuliah juga, بارك الله فيكم. Waima bulan Ramadan sekali pun, mereka tetap hadir dan bersemangat.
Moga Allah sentiasa merahmati mereka semua dan dikurniakan kesihatan yang baik, dapat beribadah dengan bersungguh إن شاء الله.