Agihan Pek Bantuan ke Rumah Asnaf
Ahad, 31 Mac 2024
Assalamualaikum semua. Sayu hati kami lihat keadaan salah seorang makcik asnaf yang kami hantarkan pek bantuan asnaf dan juga pek iftar tempoh hari.
Keadaan kesihatannya tak berapa sihat. Akibatnya, beliau tak dapat nak mengikuti kuliah mingguan setiap hari Ahad apatah lagi untuk hadir setiap hari ke pejabat kami untuk dapatkan pek iftar.
Apa pun ujian yang kita sedang lalui, jangan kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita selagi mana kita menjaga hak-hakNya. Semoga setiap dari kita dikurniakan kesihatan yang baik serta Ramadan yang terbaik selama pernah kita hidup.