Agihan Kupon Daging Korban 1445H/2024M
9 Jun 2024, Ahad – Seperti yang telah dilaksanakan sekian lama, setiap hari Ahad, Yayasan Bushra menyediakan 1 kelas Kuliah Ilmu Mingguan untuk makcik & pakcik asnaf yang berdaftar. Kuliah ini bermula pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari, malah Yayasan Bushra turut ada menyiarkan kelas ini secara langsung atau live di platfom-platfom social media seperti Facebook & YouTube.
Dikesempatan kelas ini, kami ambil peluang untuk memberi sedikit maklumat kepada para asnaf yang hadir berkaitan dengan Program Ibadah Korban Yayasan Bushra bagi tahun ini. Program ini seperti semua umat Islam seluruh dunia maklum, Hari Raya Aidiladha juga hari dimana seluruh umat Islam melaksanakan ibadah korban bakal tiba pada 17 Jun 2024, bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1445H nanti, Yayasan Bushra turut mengambil peluang ini untuk melaksanakannya. Kali ini Yayasan Bushra mengekalkan kerjasama seperti tahun lalu bersama Iman Emas Resources yang terletak di Kampung Lombong, Seksyen 29 Shah Alam.
21 orang peserta bagi korban lembu serta 16 orang peserta bagi korban kambing telah mendaftar bersama Yayasan Bushra. Seperti tahun-tahun lalu, Yayasan Bushra akan mengagihkan daging-daging korban tersebut kepada penerima-penerima yang layak pada hari ke-2 Hari Raya Aidiladha nanti, bersamaan dengan 18 Jun 2024. Kami telah mengagihkan kupon-kupon kepada para asnaf dan mereka perlu membawa bersama pada hari yang berkenaan untuk ditukarkan kepada daging korban. Jazakumullahu khairan kepada peserta korban pada tahun ini.
Semoga Program Ibadah Korban Yayasan Bushra 2024 nanti berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan, in sya Allah.